Sinopsis Serambi Anak Soleh
Serambi Anak Soleh sebuah program yang ceria dan bertenaga menampilkan 2 penceramah cilik dan pintar pada setiap episod berhujah tentang isu-isu kerohanian mengikut pemahaman masing-masing yang akan dipantau oleh Abang Shah (Shahrizan Daud) dan Kak Laila (Nor Laila Aniza Zakaria). Antara topik yang diketengahkan ialah ‘Betul-Betul Puasa’, ‘Solat Terbaik’, “Membuat Kebajikan Tanpa Henti’ dan ‘Menghidupkan Sunnah Rasulullah’.


Rancangan yang mampu menarik minat ramai anak kecil di rumah ini akan berlangsung setiap hari Selasa pada jam 6.00 petang mulai 2 Ogos sebanyak 4 episod di TV3. Jangan lupa saksikan rancangan ini bersama anak-anak anda!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top