Sinopsis Berselindung Di Sebalik Kaabah

Telemovie Berselindung Di Sebalik Kaabah mengisahkan Rina ( Zarina AF ) seorang gadis bertudung tetapi sebenarnya di sebalik imej bertudung itu dia adalah perempuan jahat yang sentiasa bertindak mengikut nafsu syaitan. Rina memakai tudung kerana menyembunyikan perutnya yang mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Iskandar. Rina mempunyai adik bernama Maya ( Izreen Azminda ). Ayah mereka, Datuk Jamal menyayangi Rina yang dilihat sopan daripada Maya. Rina ingin merampas Remy, teman lelaki Maya untuk menjadi pak sanggup kerana Iskandar tidak mahu bertanggungjawab dan sudah melarikan diri. Tiba-tiba muncul pula Mak Yam yang mendakwa seorang daripada anak Datuk Jamal itu adalah anak kandungnya yang dia tukarkan dulu. Ikuti kesudahan telefilem ini yang bakal bersiaran pada 7 Ogos, jam 10mlm di Astro Prima 105.




Pelakon telemovie Berselindung Di Sebalik Kaabah: Zarina AF, Izreen, Didie Alias, Eizlan Yusof, Fir AF

Trailer Video Berselindung Di Sebalik Kaabah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top