Program realiti Versus mementaskan lima kumpulan muzik iaitu Hujan, Sofazr, Sixth Sense, Black Parallax dan Go Gerila. Versus akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

Versus mempertandingkan kumpulan-kumpulan muzik.Penekanan program ini pada aspek komposisi lagu, persembahan dan kreativiti mereka dalam menyampaikan lagu sedia ada dengan nafas baru.

Apa yang mahu ditonjolkan adalah susunan muzik dan aspek vokal menjadi perkara kedua. Malah, program ini juga tiada penyingkiran mingguan.

Jennifer Thompson akan menjadi salah seorang juri tetap dalam program itu nanti.
TV9 yakin Versus mampu menjadi program signatur yang berjaya di TV9 kerana ia dihasilkan daripada formula dan format yang tersendiri.

Sistem penilaian Versus adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan permarkahan juri profesional.

Ia membariskan penggiat muzik Jennifer Thompson selaku ketua juri, komposer Loque sebagai juri tetap dan seorang jurijemputan mingguan.

Pada setiap minggu, setiap kumpulan perlu menggubah lagu lama yang diberikan mengikut tema tertentu.

Dalam tempoh seminggu, para peserta perlu membuat persiapan dan mempersembahkan lagu tersebut pada konsert mingguan sebagai medan penilaian.

Tempoh undian akan bermula pada setiap Jumaat pukul 10.30 malam selepas berakhir konsert mingguan sehingga Jumaat minggu berikutnya pada 12 tengah hari.

Versus yang menawarkan hadiah utama bernilai RM200,000 itu akan diacarakan oleh Aidid Marcello dan Hunny Madu.

Layari laman web rasmi www.tv9.com.my/vs untuk info lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top