Hubungan Erma Fatima, Bade dingin

Macam-macam kisah membelenggu kehidupan beberapa selebriti popular, sejak akhir-akhir ini. Abby Abadi didakwa mencakar dan mencederakan suaminya. Izreen Azminda sah bercerai. Ditambah lagi dengan kontroversi penyanyi rock terkenal, Awie yang didakwa memukul isterinya, tetapi Awie minta bukti terlebih dulu. Pening-pening!

Dalam banyak-banyak cerita, Raja terkesima dengan kisah pengarah terkenal, Bade Azmi berkahwin lagi dengan gadis cantik bernama Aida Abdul. Bade dan isteri pertamanya yang juga pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tidak menyorok hakikat hidup mereka.

Ada yang mengatakan, tindakan Bade berkahwin lagi, menyebabkan hubungan Erma dan Bade kini semakin dingin. Disebabkan itulah, Erma tidak kisah dan merestui Bade berkahwin lagi. Khabarnya juga Erma tidak hadir pada majlis nikah dan resepsi Bade dan Aida, ye ke?

Itu khabar yang Raja dengar, sejauh manakah kebenarannya, Raja tidak pasti. Maaf, jika cerita ini sekadar anggapan orang. Raja sekadar melaporkan apa yang Raja dengar setakat ini.

Apa pun, hanya empunya badan mengetahui kebenarannya. Ada juga beranggapan mungkin soal zuriat menyebabkan Erma membenarkan Bade kahwin lagi.

Bagaimanapun, mungkin ya, mungkin tidak. Erma kelihatan tenang saja, masih boleh berkarya dan bekerja tanpa menghiraukan cakapcakap orang mengenainya.

Raja lihat gambar Bade dan saat manis mereka bersama anak-anak masih lagi terselit dalam laman Instagram.

Tabah betul wanita bersama Erma Fatima ni...

Erma dan Bade berkahwin pada 30 November 1990 dan memiliki lima anak angkat, Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12, dan Nurain kini berusia lapan tahun. Sudah besar pun anak-anak mereka. Selama hari ini, kita sedia maklum, Erma mahupun Bade jarang kelihatan bersama. Seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir, sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai pengarah.

Erma pula kelihatan kerap terbabit dengan penggambaran drama ke luar negara. Sejak dulu pun, Raja perhatikan Erma tidak pernah membawa suami ketika bekerja, walaupun agak kerap Erma meninggalkan keluarga. Dan sejak sekian lama, Raja tidak pernah nampak Erma mahupun Bade hadir acara hiburan bersama. Yalah, mungkin masing-masing sibuk.

Kadangkala seakan pelik juga dengan perhubungan Erma dan Bade. Ada macam tiada! Beberapa tahun lalu, pernah timbul desas-desus mengatakan Bade berkahwin lagi, tapi cerita itu tidak benar. Kini, sudah jelas lagi bersuluh, Bade berkahwin lagi dengan Aida Abdul. Mereka khabarnya bernikah dua bulan lalu di negara jiran. Majlis persandingan pula diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu ketika Erma berada di Sepanyol. Foto majlis persandingan itulah membongkar rahsia Bade berkahwin lagi.

Kongsi detik bahagia di laman Instagram

Isteri baharu Bade juga tidak takut nak berkongsi detik manisnya dengan pengikut di laman Instagram sejak beberapa hari lalu. Raja dapat tahu, Aida terbabit dalam dunia penerbitan drama dan filem, kini khabarnya membantu syarikat produksi Bade.

Perkahwinan Bade dengan Aida khabarnya sudah direstui Erma. Bukan maknanya Bade curang kepada Erma.

"Saya restu dan izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang mendapatkan kebahagiaan. Kasih sayang itukan soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri. Selama perkahwinan kami, Bade adalah lelaki yang baik, seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Saya bersyukur, siapa saya hari ini adalah kerana dia," kata Erma seperti dilaporkan dalam satu kenyataan.

Apa pun, Raja nak ambil kesempatan ini mengucapkan selamat pengantin baru buat Bade dan Aida. Semoga Erma terus tabah...

Sumber:
Bintang Popular
Oleh Raja Nurfatimah Mawar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top