Rita Rudaini dakwa Aidil lepas tangan
Meskipun kemelut rumah tangga pelakon jelita Rita Rudaini dengan bintang bola sepak terkenal Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak yang sebelum ini sudah berakhir dengan perceraian, masih ada cerita baru timbul seperti mana didakwa Rita, kelmarin.
Kali ini pula ia membabitkan kekecewaan Rita terhadap sikap bekas suaminya itu yang dikatakan bersikap 'lepas tangan' ke atas dua cahaya mata mereka, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
Rita ketika ditemui pada Kempen Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal TV3 dan TV9 mendakwa, sejak Aidil, 27, mendirikan rumah tangga lagi pada 14 Mac lalu dengan wanita pilihannya, Zarema Zainal, dia langsung tidak datang lagi menjenguk anakanaknya.
Selain itu, pelakon itu berkata, sejak bekas suami berkahwin lagi, dia tidak dapat berkongsi gambar anak menerusi laman sosial Wechat dan WhatsApp kerana nombornya sudah disekat.
Bagaimanapun, Aidil dalam kenyataannya menerusi sebuah portal hiburan semalam menafikan dakwaan itu kerana pernah menghantar pesanan mesej kepada Rita bertanyakan khabar anak-anak, namun tidak dibalas wanita itu.
"Saya mengakui selepas berkahwin, saya tidak sempat berjumpa dengan anakanak kerana kini menetap di Johor. Ketika Arjuna sakit, Rita tidak beritahu dan saya dapat tahu mengenainya selepas dia memuat naik gambar anak dalam Instagram," katanya.
Aidil turut menyifatkan tuduhan Rita sebagai melampau kerana Zarema tidak pernah menghalangnya untuk berjumpa dengan anak-anak termasuk menyekat aplikasi Whatsapp dan Wechat.
"Kenyataan Rita kepada media hanya memburukkan nama baik isteri saya kerana turut dikecam pengguna Internet di laman sosial," katanya.
Terdahulu, Rita, 38, mendakwa kali terakhir Aidil meluangkan masa dengan anak mereka adalah dua minggu sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan Zarema.
"Sebelum ini saya ada menerima kiriman mesej daripada Aidil dan dia meminta izin untuk bertemu dengan anak-anak.
Malah dia turut meminta saya memberikan dia peluang kepada dirinya untuk menebus kesilapannya selama ini terhadap anak-anak," kata Rita.
Jelasnya, sebagai ibu, dia tidak pernah menghalang bekas suaminya itu datang bertemu dengan anakanak mereka kerana mahu zuriat mereka mengenali ayah kandung sendiri terutama Arjuna yang masih terlalu kecil.
"Saya gembira kerana dua minggu sebelum Aidil berkahwin, dia singgah ke rumah untuk meluangkan masa, makan dan bermain dengan anak-anaknya.
Saya lega dengan perkembangan itu kerana Arjuna baru saja hendak kenal ayahnya.
"Sejak itu, anakanak kembali rapat dengan Aidil dan saya nampak kesungguhan Aidil melaksanakan tanggungjawabnya serta memperbaiki keadaan," katanya.
Bagaimanapun Rita berkata, bekas suaminya itu tiba-tiba berubah sikap dan tidak lagi menjenguk anakanak mereka sehingga kini.
"Saya kesal apabila dia mungkir janjinya untuk terus meluangkan masa dengan anak apabila ada kelapangan.
Budak-budak tidak tahu apa-apa dan selalu mengharap. Saya tidak pasti kenapa dia berbuat demikian dan anak-anak mula bertanyakan di mana ayah mereka. Lebih-lebih lagi Arjuna sehingga dia pernah cakap lelaki yang dia nampak dalam televisyen baru-baru ini seperti ayahnya padahal bukan," jelas Rita.
Disebabkan itu, Rita berkata, dia terpaksa mencari alasan dengan memberitahu anak-anaknya bahawa ayah mereka sibuk bekerja, namun tidak mahu terus berbohong.
Rita yang bakal muncul dalam telefilem Pontianak Teng Teng pada Aidilfitri ini di TV9 turut terkejut apabila dimaklumkan Aidil kini sudah terbabit dalam bidang lakonan.
"Sejujurnya, saya memang tidak tahu dia sudah berlakon, namun itu haknya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkembangan itu," katanya.
Baru-baru ini, Aidil ada memuat naik gambar seperti berada di sebuah lokasi penggambaran dalam akaun Instagram beliau.
Rita dan pemain bola sepak kebangsaan itu sah bercerai talak satu pada 5 September tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.
Rita juga menuntut nafkah tertunggak sebanyak RM100,000 terhadap Aidil membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.
Tarikh perbicaraan penuh ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mawardi Che Man pada 30 September depan.

0 ulasan:
Catat Ulasan