Biodata Ayai (Ilusi) - Juara Gegar Vaganza

Nama penuh: Zaharuddin Kamaruddin
Nama komersial: Ayai Ilusi
Umur: 53
Asal: Johor
Nama isteri: Siti Hajar Ali
Kerjaya: Penyanyi dan berniaga
Adik-beradik: Anak keenam daripada 11 beradik
Anak: Aimie Nadia, Aimie Nurin Asyiqin dan Azmeer Arshad, 9.

Pencapaian: Juara Gegar Vaganza (Musim Pertama)
Tempat kedua Anugerah Juara Lagu 1989

Lagu hits: Segalanya Ku Terima, Puisi Cinta dan Suara Cinta



Trivia
Ayai pernah menjadi duta kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Baharu

Ayai kali terakhir menghasilkan album solonya yang bertajuk Ayai Ilusi pada 1994

Ayai menimba pengalaman kerja di syarikat-syarikat besar seperti Ranhill Bhd. dan HCM Engineering Sdn. Bhd. dalam bidang pengurusan trafik dan keselamatan selain berkhidmat di Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Ayai mempelajari selok-belok dunia perniagaan hingga berjaya memperolehi lesen kontraktor kelas F.


Produk Bintang RTM 1986

Ayai memulakan kariernya dalam bidang seni suara pada 1970 sebagai penyanyi radio RTM bersama Orkes RTM kawasan selatan di Johor Bahru di bawah pimpinan Allahyarham Taib Osman.

Selepas 10 tahun menimba pengalaman, Ayai mengorak langkah apabila menyanyi di eksekutif lounge di Jalan Meranti Merah, Tebrau bersama Hasnah Harun dan Allahyarham Harun Jaabar.

Pada 1985, Ayai mula mengenali rapat M. Nasir yang sehingga kini dipanggil Along menerusi kumpulan Anak-Anak Alam yang turut disertai Allahyarham Loloq, Keon, Siso dan Pyanhabib.

Pada masa sama, darah muda penyanyi itu membuak-buak untuk menyertai Bintang RTM namun komitmen tinggi bekerja di kelab membantutkan hasratnya.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top