Riezman dan Kartina Sah Bercerai

Pelakon Riezman Khuzaimi dengan isterinya Kartina Ayoob sah bercerai talak satu.

Lafaz cerai dilakukan oleh Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Saiful Azli Jamaluddin di sini pada Selasa.

Riezman memberitahu mahkamah, perceraian itu terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tidak mempunyai persefahaman lagi.

Terdahulu, Riezman kelihatan sebak ketika melafazkan cerai.

Pelakon itu bagaimanapun enggan ditemuramah oleh wartawan dan terus meninggalkan mahkamah selepas lafaz cerai dibuat.

Riezman dan Kartina, 46, berkahwin pada 24 Februari 2001 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7.

Kartina turut mempunyai seorang anak iaitu Tatiana Batrisya, 20, hasil perkahwinan terdahulunya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top