Lirik Menangislah Hati - Eda Fadzilah

Keluhan taubat insan
Taubat disertai keinsafan
Dan menyesali tiap perbuatan
Yang seringkali mengundang dosa

Takkan diterima keinsafan
Tanpa disertai kesedaran
Dan meninggalkan tiap perbuatan
Bersama tekad tak mengulanginya

Bridge:

Di sepertiga malam
Bersimpuh dan bersujudlah
Merintih dan bermunajat
Pasrah dalam penyerahan

Hanya-Mu Ya Tuhanku
Yang sudi mendengar

Chorus:

Menangis.....
Menangislah hati...
Luahkan segala penyesalan
Di setiap tutur dan perbuatanku...

Berbisik berbicara
Dalam esakan ini..
Biar deraian airmata..
Mengundangku ke syurga..

(monolog)

Ya Allah, seringkali aku bergelumang dosa Ya Allah
Dengan ini kau terimalah taubatku Ya Allah
Amin, amin Ya Allah

(ulang chorus)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top