Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah baru sahaja melancarkan album Bebaskan bersama-sama syarikat rakaman Monkey Bone.

Album Bebaskanlah disifatkan sebagai lambang transformasi sebagai seorang anak seni.

Memuatkan 12 buah lagu, Bebaskanlah menampilkan karya-karya komposer handalan negara antaranya Aubrey Suwito, Audi Mok, Kieran Kuek dan Mode serta komposer dari Australia, Jamie Huber.

Bukan itu sahaja, album Bebaskanlah juga memuatkan dua buah lagu Inggeris dan salah satu daripadanya berentak balada ciptaan Aubrey yang berjudul Whisper My Name.

"Sememangnya pelancaran album sulung adalah hadiah yang paling bermakna sempena birthday Shila yang ke-19 pada hari ini," ujarnya yang menerima G10 Canon Semi SLR daripada bapanya, ND Lala sempena hadiah hari lahirnya yang jatuh pada 13 Ogos.

Shila kini tampil dengan album dan imej baru yang lebih segar dan remaja. Katy Perry dan Lady Gaga menjadi inspirasi Shila untuk membentuk gaya namun dalam cara yang lebih sopan dan sesuai dengan budaya kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top