Pada usia 38 tahun, Norman Abdul Halim merupakan pengetua paling muda dalam sejarah AF. Mampukah dia mencatat pencapaian yang lebih baik daripada pengetua-pengetua AF sebelum ini?


Bila diajukan persoalan ini kepada beliau, jawabnya, “Saya telah mencatat banyak pencapaian dalam kapasiti saya sebagai seorang penyanyi, penulis lirik, penerbit... Saya telah banyak menjelajah ke negara-negara luar, membentuk artis-artis baru, dan sebagai CEO sebuah syarikat, menjadi tanggungjawab saya untuk membangun dan memajukan syarikat.

“Saya sebenarnya sudah berada di dalam industri ini selama 18 tahun walaupun saya hanya berusia 38 tahun. Rasanya, banyak sudah pencapaian saya untuk membuktikan yang saya mampu membimbing anak-anak muda ini. Saya tidak mahu dibandingkan dengan pengetua-pengetua terdahulu. 'I'm my own man.'”

Tambahnya lagi, kejayaan AF musim ini bukan terletak pada dirinya seorang. Sebaliknya, ia juga bergantung pada kerjasama dengan para tenaga pengajar. "'It's a group effort'," katanya.

“Saya bukan melakukan ini untuk 'personal glory'. AF bukan platform bagi saya mempromosikan diri. KPI saya sebagai pengetua adalah untuk memastikan AF musim ini melahirkan jumlah maksima bakat-bakat baru serta mencipta peluang untuk mereka dan membimbing mereka selepas mereka meninggalkan AF.

"Saya tahu selepas tujuh musim, hanya segelintir saja bakat kelahiran AF yang berjaya menapak di dalam industri. Apa yang penting adalah untuk memastikan sokongan dan kesetiaan para peminat terhadap bakat-bakat ini bukan hanya ketika AF sahaja tetapi selepas mereka tinggalkan AF.

“Saya melihat dari perspektif jenama. Mawi, Stacy, Adam, Dafi ... semuanya mempunyai 'brand promise' dan pasaran mempunyai 'expectation' terhadap mereka. Bakat-bakat baru yang digilap dari AF perlu mempunyai 'brand promise' dan boleh memenuhi apa yang diharapkan daripada mereka.”

Kongsi Norman lagi, elemen kejutan yang sudah menjadi sebahagian daripada AF akan dikekalkan kerana menurutnya, kejutan-kejutan ini terbukti berjaya. Namun, akan dimasukkan juga elemen-elemen baru.

“Saya cuba untuk tidak dipengaruhi oleh AF lepas. Idea dan aktiviti yang dirancangkan adalah berdasarkan maklum balas yang diterima. Akan ada sesuatu baru yang akan ditampilkan.”

Katanya lagi, sebagai pengetua, yang dititikberatkan adalah disiplin dan sikap profesionalisme pelajar.

“Saya akan menguruskan AF sebagaimana saya menguruskan operasi syarikat. Prestasi setiap pelajar akan dinilai selepas setiap persembahan. Jika ada yang berlaku biadap atau menimbulkan sebarang masalah, tindakan akan diambil terhadap mereka. 'I expect a certain level of profesionalism from them.'

“Kami akan menyediakan semuanya bagi budak-budak ini. Tetapi terserah pada mereka untuk mengambil peluang yang ada dan lakukan yang terbaik.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top