Haji Aznil Nawawi

PENGETUA Akademi Fantasia 8 (AF8) sudah sah milik Norman Abdul Halim. SS ucapkan tahniah kepada Norman kerana akhirnya berjaya mendapat jawatan itu selepas namanya pernah juga disebut-sebut dalam musim lalu.

SS yakin dengan pemilihan Norman itu, AF8 akan menjanjikan sesuatu kerana Norman memang terbukti seorang mastermind dalam mengemudi gerak langkah KRU dulu dan syarikat mereka, KRU Berhad.

Selain itu, selamat kembali buat Cikgu Linda Jasmine dan juga Cikgu Adnan Abu Hassan yang turut memantapkan barisan 'kabinet' AF8 kali ini.

Tak cukup dengan itu, telinga SS sudahpun mendapat khabar berita daripada satu sumber yang sahih, semalam.

Pastinya berita angin ini akan menggembirakan semua peminat setia AF di Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura apabila Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil akan kembali semula ke gelanggang AF. Bukan lagi sebagai pengacara sebab ia sekarang milik Sarimah dan Jimmy Shanley tapi Pak Nil buat pertama kalinya akan duduk di kerusi pengkritik tetap. Wah, ini sudah bagus! Maka daripada gambaran yang SS dapat bayangkan, akan naik lagilah rating AF8 kerana nama-nama yang terpilih setakat ini semuanya cukup layak dari segi pengalaman dan bersifat komersial pula. Eh, siapa lagi dua pengkritik tetap bersama Aznil itu? Adakah Ogy Ahmad Daud dan Adlin Aman Ramli? Hai, alang-alang nak naik rating, rembat saja Ogy dan Adlin tu, betul tidak? Barulah puas tengok AF nanti.

Apapun, SS nak ucapkan tahniah kepada Aznil tentang pemilihan itu walaupun SS tahu kalau ditanya Aznil sekarang, dia akan pasti zip mulut rapat-rapat. Tak kisahlah tu, janji spy SS pun cekap macam Sherlock Holmes juga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top