Zizan Razak Kena Saman Lebih Setengah Juta

Selepas sidang media yang diadakan beberapa bulan lalu, rakan kongsi dan bekas pengurus peribadi Zizan Razak, Marina Juki telah memfailkan saman terhadap selebriti berkenanaan.

Marina Juki selaku plaintif yang akan diwakili peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana telah memfailkan saman terhadap Zizan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu.

Saman tersebut difailkan selepas Marina dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd (Wire Fame) mendapati Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, melanggar syarat kontrak.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Wire Fame pada Khamis, Zizan didakwa telah bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan perjanjiannya dengan Wire Fame masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.

Sehubungan itu, Marina selalu plantif menuntut ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain.

Dalam pada itu, Marina juga menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.

Beliau juga turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.

Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.

Konflik di antara Zizan dan pengurusnya itu dikatakan berpunca dari masalah peribadi sehingga menyebabkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama mahu dibubarkan.

Sejak itu kedua-duanya tidak lagi berhubungan sehinggalah timbul satu lagi dakwaan terhadap Marina selaku pemegang saham sebanyak 30 peratus telah menyeleweng wang syarikat.

Kemelut semakin runcing apabila Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top