Seringkali aku mempersoalkan
Tentang cinta di usia ini
Tidak percaya pada cerita itu
Kononnya cinta akan membawa bahagia

Sabarlah..tenanglah
Usah diturut hati mudamu
Bahagia takkan datang dengan semudahnya dia
Pengorbananmu itu yang perlu

Sejauh mana aku berlari
Semakin dekat ia menghampiri
Membawa rasa penuh keindahan
Atau sebenarnya satu kepalsuan

Biarkanlah jujur dihati
menentukan sebenarnya perasaan
Menjernihkan segala prasangka
Agar rasa yang indah itu
Adalah cinta yang sebenar

Tiada salahnya
Jika kau turut merasakannya
Cinta adalah kurniaan yang maha esa
Jangan sekali kau hitamkannya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top