Lirik Lagu Inang Rodat - Lagu Tradisional Rakyat Terengganu

Dari Penarik
Dari Penarik ke Kuala Setiu
Hendak mencari
Hendak mencari nasilah dagang

Hai sungguh menarik
Sungguh menarik rodat melayu
Hai inilah rodat
Inilah rodat kami sembahkan

Muyahayo muyalanakayo
Muyahaye kolo la betaya
Le a sale ala la de ama
Fiduniwa niwalah dunia
http://lirikami.blogspot.com

Pulaulah Kapas
Pulaulah Kapas pulau di laut
Samalah tentang
Samalah tentang Kuala Marang

Hai layar dipapah
Layar dipapah kemudi dipaut
Hai macamlah bunga
Macamlah bunga kembang di karang

Muyahayo muyalanakayo
Muyahaye kolo la betaya
Le a sale ala la de ama
Fiduniwa niwalah dunia

Pisanglah emas
Pisanglah emas banyoklah anok
Biji selasih
Biji selasih di dalam puan

Hai mintoklah maaf
Mintoklah maaf berbanyok-banyok
Hai terima kasih
Terima kasih kepada tuan

Muyahayo muyalanakayo
Muyahaye kolo la betaya
Le a sale ala la de ama
Fiduniwa niwalah dunia

Tenunan songket
Tenunan songket hasil warisan
Telah dipakai
Telah dipakai sejak berzaman

Hai teruskan maju
Teruskan maju bersama wawasan
Negeri bergelar
Negeri bergelar Darul lah Iman

Muyahayo muyalanakayo
Muyahaye kolo la betaya
Le a sale ala la de ama
Fiduniwa niwalah dunia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top