Sinopsis Drama Hiburan Kau Dan Aku
KAU & AKU telah diadaptasi daripada format drama hiburan popular yang berasal daripada Venuzuela dan telah menjadi suatu fenomena di sana. Bayangkan, dalam tempoh 6 minggu, drama muzikal ini telah mendapat sambutan penonton dan menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat. Muzik video yang dimuat naik di You Tube mendapat hits yang luar biasa!
Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. Mensasarkan penonton muda juga tontonan seisi keluarga, Kau & Aku menonjolkan kehidupan remaja yang diceriakan dengan lakonan hebat dan nyanyian terbaik serta aksi tarian yang menghiburkan
Kau & Aku mengisahkan kehidupan suka duka sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula. Persahabatan Mila & Akim memutikkan cinta remaja. Namun, segalanya tidak seindah yang disangka dek muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati.
Elemen romantis, sedih, geram dan lucu melengkapkan drama disamping lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati. Jadi, jangan ketinggalan menonton Kau & Aku, Oktober ini di Astro Ria (Saluran 104)
Barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Akim AF7, Aril AF7, Mila AF5, Farish, Amar Anak Wayang, dan Zoey.