Bintang Hannah Montana, Miley Cyrus mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitter.com kerana tidak mahu kehidupan peribadinya menjadi bahan hiburan orang ramai.
Komen Cyrus itu dibuat berikutan rayuan peminatnya kecewa dan mahu beliau kembali ke laman rangkaian sosial Twitter selepas memutuskan menghentikan akaun milik beliau minggu lalu.
Bagaimanapun katanya, beliau gembira dengan keputusan itu dan berkata terpaksa berhenti selepas mendapati kehidupan peribadinya terlalu mendapat perhatian umum.
Daily Star memetik beliau menulis pada laman rasminya: “Ia menyentuh perasaan saya bila dengar ada di antara anda kecewa sejak saya menghentikan Twitter saya. Ia pernah menjadi cara hebat untuk saya terus berhubungan dengan anda dan saya benar-benar merasakan kita benar-benar seperti kawan pada masa itu. Saya pernah mengadu kepada orang yang rapat dengan saya bahawa saya seperti tidak mempunyai kehidupan peribadi lagi dan sebahagiannya adalah kesilapan saya sendiri.
“Bagaimana saya boleh mengelak menjadikan kehidupan saya terlalu umum jika memberitahu seluruh dunia apa yang saya lakukan? Saya tidak mahu berhenti menghibur, ia kehidupan saya, cinta dan keinginan saya tetapi saya tidak boleh jadikan kehidupan peribadi saya sebagai hiburan orang lain.
“Twitter bukan satu-satunya saya elak. Ini bukan satu serangan terhadap laman seperti ini saya hanya berfikir bahawa orang lain di luar sana mungkin hanya bercuti seketika ke ruang siber. Jika kita menghabiskan lebih masa menikmati perkara lain selain Twitter kita juga menikmati kehidupan kita lebih lagi secara keseluruhannya.”
Malah bintang berusia 16 tahun itu juga menjadi bahan gossip berikutan beliau menghentikan akaun Twitter yang didakwa atas desakan Liam Hemsworth yang menjadi gandingan beliau dalam The Last Kiss. - Agensi
0 ulasan:
Catat Ulasan