Seorang lagi peserta iaitu Paul McDonald yang juga bekas pelajar Auburn University pula menyertai mereka di tiga kedudukan terbawah. Namun, dia masih lagi terselamat untuk berada dalam American Idol bagi minggu yang berikutnya.
Penyingkiran berganda itu berlaku apabila ketiga-tiga juri American Idol iaitu Randy Jackson, Jennifer Lopez dan Steven Tyler telah memutuskan untuk menggunakan pas "The Judges Save" bagi menyelamatkan Casey Abrams daripada tersingkir pada minggu lepas.
Menurut hos American Idol iaitu Ryan Seacrest, lebih 55 juta undian telah dibuat pada minggu ini, menurut hos Ryan Seacrest. Selain daripada itu, episod penyingkiran yang diadakan pada hari semalam dilengkapkan lagi dengan persembahan Fantasia, Jamie Foxx, Will.i.am. berserta persembahan berkumpulan daripada peserta-peserta American Idol itu sendiri.
Pada konsert minggu ini, Lauren dan Scotty telah mempersembahkan lagu I Told You So, Naima dan Jacob pula membawakan lagu Solid, manakala Haley, Thia and Pia menyanyikan lagu Teenage Dream. James, Stefano, Paul dan Casey pula menyampaikan lagu Band on the Run.
Beberapa jam sebelum itu, Thia dan Naima sudah pun diramal sebagai 2 peserta yang bakal tersingkir pada minggu ini. Ia berdasarkan kepada undian online anjuran Ledger-Enquirer. Kedua-dua mereka mendapat undian terbanyak sebagai peserta yang dijangka akan tersingkir pada minggu ini.
Kini, hanya tinggal 9 peserta yang masih kekal berada dalam American Idol iaitu Lauren Alaina, Scotty McCreery, Paul McDonald, Pia Toscano, Stefano Langone, James Durbin, Casey Abrams, Jacob Lusk dan Haley Reinhart.
0 ulasan:
Catat Ulasan