Kisah penyanyi Siti Saida Taruddin atau Saida yang menfailkan penceraian terhadap suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri bukanlah satu menjadi satu rahsia lagi. Malah, kes Saida dan Ghazali kini masih lagi dalam perbicaraan.

Meskipun telah mendirikan rumahtangga selama 15 tahun, namun kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza ini masih tetap dengan keputusannya untuk mengakhiri perkahwinan mereka.


Lantara itu, pelbagai khabar angin mula bertebaran di ruang angkasa apabila Saida tekad memfailkan penceraiaan terhadap Ghazali buat kali yang kedua itu. Ada yang mengatakan ibu kepada empat cahaya mata itu terkena buatan orang untuk membenci suaminya serta ada yang mengatakan Saida berubah sikap selepas dikenali ramai.

Tidak marah mahu pun melenting saat ditemui selepas majlis Minggu Setiausaha yang dijayakan oleh adik, Dato Siti Nurhaliza itu di Matrade, Kuala Lumpur, semalam, dalam nada tenang Saida telah menafikan segala khabar angin tersebut.

"Saya yang menfailkan penceraian pastinya saya yang mahukan perkara tersebut. Apa yang berlaku dalam rumahtangga kami hanyalah kami berdua sahaja yang tahu. Kalau timbul kisah saya terkena buatan orang untuk benci suami, saya tak percaya.

"Cerita kata saya dah popular penyebab saya nak bercerai juga tak benar. Semua yang berlaku pastinya bersebab dan keputusan yang diambil ini untuk kebaikan semua pihak," katanya kepada murai.com.my.

Malah kata Saida apa yang berlaku semuanya terjadi secara kebetulan serta tindakan yang diambilnya itu kini dirasai bertepatan dengan waktunya.

"Kalau nak cakap saya failkan penceraian selepas dikenali, semua itu berlaku secara kebetulan sahaja. Dah lama sebenarnya benda ini berlaku antara kami dan keadaan yang menentukan segalanya," jelasnya.

Berserah segalanya kepada Ilahi kata bintang Akademi Fantasia Musim 6 ini, dia berharap agar pengakhiran maghligai cintanya itu akan dinoktahkan secara baik.

Tambah Saida, sama seperti wanita yang lain, dia pasrah untuk melangkah ke hadapan terhadap apa yang apa yang bakal berlaku kelak. Ditanya kepadanya adakah dia mula merasai tekanan berikutan dugaan yang ditempuhinya, pemilik nama sebenar Siti Nursaida Tarudin serta-merta mengakuinya.

"Apa yang berlaku hanya saya dan suami tahu. Sebagai kakak kepada Siti dan keluarga dikenali ramai memanglah saya turut merasai terasa tekanannya kerana ianya mendapat perhatian ramai. Tapi, saya harap keputusan yang akan diterima kelak dapat diterima dengan redha dan dipandanglah dari sudut positif," ujarnya.

Masih lagi duduk sebumbung demi kebaikan anak-anak, ucap Saida, kisah rumahtangga mereka itu akan diberitahu kelak kepada permata hati mereka itu.

"Anak-anak akan diberitahulah mengenai situasi kami sedikit masa lagi. Saya pun nak jaga perasaan mereka. Siapalah nak lihat ibubapa bercerai tapi lambat-laun mereka kenalah tempuhinya juga. Pastinya ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini," jelasnya yang sudah bersedia untuk menempuhi fasa baru dalam kehidupannya.

Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top