562011 faridbirthday(a)

Memasuki usia 30 tahun, sudah sewajarnya bagi seorang lelaki mengimpikan untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Aktor kacak, Farid Kamil juga tidak terlepas daripada memikirkan tentang soal itu. Malah, dia juga turut mendambakan sebuah keluarga yang bahagia, sepertimana insan yang lain.

Namun hingga saat ini, Farid Kamil masih lagi single dan belum berpunya. Adakah dia terlalu memilih?

Menafikan perkara tersebut, Farid Kamil mengakui, seandainya sampai seru dan waktunya kelak, dia pasti akan ditemani seorang wanita bergelar isteri.

“Saya sama seperti orang lain, mahukan sebuah keluarga. Siapa yang tak mahu semua itu, tapi mungkin belum ada rezeki lagi. Bagi saya, biarlah Tuhan yang tentukan perjalanan kehidupan saya seterusnya.

“Tapi sebagai insan, saya harapkan sesuatu yang lebih baik pada diri saya. Memang saya akui, saya ada memikiraknnya tapi untuk memberi perhatian 100 peratus terhadap perkara itu, mungkin tidak lagi dan belum masanya,” katanya kepada murai.com.my sambil berkongsi kegembiraannya sempena hari lahirnya yang ke-30 tahun yang disambutnya semalam.

Tidak pernah meletakkan target umur untuk mengakhiri zaman bujangnya, kata Farid, isu tersebut bukanlah satu tekanan buat dirinya meskipun ada juga rakan-rakan karibnya yang sudah pun mendirikan rumahtangga.

“Memang ada setengah daripada kawan-kawan saya ada yang dah kahwin. Ada juga yang belum. Tapi kahwin atau tidak, ianya bukanlah satu tekanan yang besar buat diri saya.

“Bahkan keluarga juga memahaminya. Jodoh ditentukan oleh Tuhan dan saya yakin akan terbuka juga ruang buat diri saya untuk melangkah ke fasa itu satu masa nanti,” jelasnya sambil tersenyum manis.

Ditemui pada sesi membaca skrip drama Wasiat arahan Faisal Ishak, Farid telah diberikan sambutan hari lahirnya secara mengejut. Tidak menyangka, namun amat gembira, jelas lelaki kelahiran Kedah ini, ia merupakan sambutan kedua yang dirasainya secara mengejut.

“Ini kali kedua saya diberi kejutan sebegini. Saya bersyukur kerana masih ada yang mengingati hari lahir saya. Memang saya terkejut kerana tak biasa diberikan kejutan seperti ini. Ini merupakan kali kedua saya diberi kejutan sebegini dan sebelum ini pada tahun lalu. Itu pun semasa bekerja,” jelasnya.

Ditanya apakah hadiah yang diharapkan pada sambutan hari lahirnya itu, Farid Kamil sambil tertawa berkata, dia tidak mengharapkan sebarang hadiah bernilai tetapi cukuplah sekadar tanda ingatan dan doa daripada peminat dan insan yang terdekat dengannya.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top