Sinopsis filem Qada

Qada adalah kisah romantik tragis berkisar percintaan Salmi dan Bakri yang tidak kesampaian lakonan Sakinah dan Amar, berlatarkan kehidupan era 1980an.

Salmi yang bekerja sebagai guru ganti di sekolah kampungnya, berkenalan dengan Bakri di sebuah stesen bas ketika melawat datuknya.


Disebabkan bas itu rosak, mereka terpaksa menunggu hingga keesokan harinya. Satu malam, sesudah berkenalan, mereka jatuh cinta dan berjanji mengutus surat satu sama lain dan berjumpa lagi. Masing-masing pulang ke kampung dan menjalani kehidupan sendiri, tetapi tetap mengotakan janji mereka untuk terus mengutus surat. Pada masa sama, Bakri dicintai seorang wanita mualaf bernama Hawa. Namun, Bakri tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Hawa. Salmi terperangkap dengan takdir hidup.

Demi menyelamatkan ibunya yang sakit, Salmi terpaksa menerima pinangan daripada Fuad, lelaki kaya di kampung mereka.

Pelakon Qada: Marsha, Sharifah Sakinah dan Amar Asyraf.
Arahan: Michael Ang

Qada dizahirkan seperti naskhah cinta tipikal Melayu yang lain tapi tidak terlalu klise. Malah, buat kali pertamanya juga Michael Ang mencabar dirinya menghasilkan tema dan elemen Islamik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top