Walaupun berjaya mengungguli kumpulan B dengan markah terkumpul sebanyak 307 markah, tetapi Salma tetap mempunyai kelemahan. Jika anda perasan, juri tetap Mentor 5, Datuk Hj. Ramli MS telah beberapa kali memberitahu nada rendah Salma tidak sebagus nada tingginya. Pada konsert malam tadi, perkara ini dibangkitkan sekali lagi.

Mengulas tentang perkara itu, mentor kepada Salma, Erra Fazira mengakui dia menyedari kelemahan Salma itu dan sedang berusaha untuk memperbaikinya. Bagaimanapun, Erra tidak memandang perkara itu terlalu serius kerana berpendapat kelemahan itu boleh memberi bonus kepada Salma kemudian nanti.

"Erra tidak risau sangat pasal ‘low note’ Salma. Erra percaya masalah ini boleh memberi impak yang bagus kepada Salma sekiranya dia boleh mengatasi kelemahan ini di peringkat separuh akhir nanti.

“Erra tidak akan lari daripada masalah ini dengan memilih lagu-lagu yang Salma selesa. Sebaliknya, Erra akan cabar dia dengan memberikan lagu-lagu yang banyak ‘low note’ seperti lagu “Unbreak My Heart” tadi.

Dalam masa yang sama, Erra juga akan pastikan Salma mendapat latihan vokal yang secukupnya,” ujar Erra yakin.

Sementara itu, Ramli MS turut menjelaskan nada rendah Salma bukanlah sangat teruk. Apa yang dimaksudkan olehnya ialah nada rendah Salma tidak seimbang dengan nada tingginya yang sangat bagus.

"’Low note’ Salma bukan berada di aras bawah sekali, tetapi saya nilai dia mengikut ‘standard’ yang lebih tinggi. Dia memang boleh menyanyi dengan baik. Sebab itu dia perlu atasi kelemahan yang ada. Jadi, jangan silap faham. Saya mahu Salma atasi kelemahan itu untuk mempertingkatkan keupayaan vokalnya.”

Selepas ini, Salma dan Iqa akan berentap dengan peserta kumpulan A, Shiha dan Ratnah di peringkat separuh akhir. Dapatkah Salma mempertahankan dominasinya? Sama-sama kita saksikannya pada minggu hadapan.

 

Berita Berkaitan :

Erra Akui Kelemahan Salma

Rahim Maarof Cabar Ramli MS

Aiman Mahu Masuk Kelas Vokal

 






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top