RM30j untuk anak Brangelina

MEREKA mempunyai sebuah keluarga besar dengan enam orang anak iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox, dan Vivienne. Mempunyai keluarga besar, bermakna perbelanjaan yang harus dikeluarkan juga besar.

Mahu tahu berapa banyak perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Angelina Jolie dan Brad Pitt untuk enam orang anak mereka dalam tempoh setahun? RM30 juta!

“Mereka menghabiskan RM30 juta setahun untuk anak-anak mereka,” ungkap seorang sumber seperti dikutip dari Splash News.

Apa sahaja yang mereka belanjakan? Menurut satu sumber lain pula, pasangan ini menggunakan RM100 ribu setahun untuk makan, sementara biaya untuk guru peribadi mereka mencapai RM3 juta.

Pitt dan Jolie juga dilaporkan mengeluarkan biaya jet peribadi sebesar RM15 juta, sementara sebanyak RM3 juta untuk membayar pengasuh.

“Itu belum termasuk biaya penginapan kalau Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox, dan Vivienne harus mengikuti mereka yang sedang penggambaran di negara lain,” tambah sumber itu lagi.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top