Musim baru Singgah Sahur 2011 membawa pendekatan lebih mesra dengan menampilkan ramai personalitinya seperti Ally Iskandar, Nurul Syuhada, Nor Azzura, Fiza Sabjahan, Azizah Ariffin, Teh Syuhada, Zainal Ariffin, Abby Fana, Ahmad Fedtri Yahya, Hazlin Hussein, Hazrena Kassim, Aidid Marcello dan Syarida Sharif.

Kali ini juga, penyampai berita stesen TV ini juga turut turun padang seperti Suhaimi Ahmad, Nasharudin Tajudin, Izwan Azir Salleh, Mior Malek Raiyani, Saiful Nizam Ismail, Pushpavathy Ramaloo dan Yasir Mansor dalam merealisasikan sorotan pengalaman bersahur tidak terkecuali artis jemputan.

Terdahulu, sebagai pembukaan seramai 25 ahli kelab Motor TV3 yang diketuai Datuk Seri Farid Ridzuan berkonvoi dari Seri Pentas Petaling Jaya hingga ke perkarangan hospital terbabit menandakan permulaan kembara mereka bersama Singgah Sahur.

Mereka akan bersama krew menjelajah ke Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak membabitkan lapan lokasi iaitu Jalan Chow Kit disusuli ke Ipoh dan Kubu Gajah, Perak selain Hulu Langat, Penjara Kajang, Hospital Kusta Sungai Buloh serta bersama masyarakat Bidayuh dan Kenyah di Sarawak.

Antara yang bakal diraikan pula adalah penghuni rumah kebajikan, penjara banduan wanita Kajang, golongan gelandangan, mangsa tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat serta menziarahi penduduk desa di Felda Ijok, Kuala Kubu Gajah, Perak.

Dalam episod pertama pula, pengalaman kakitangan hospital serta situasi di wad kecemasan dan temubual dengan ibu yang melahirkan bayi 1 Ramadan dikongsi bersama penonton malah agihan sumbangan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

Setiap personaliti bergilir-gilir menemubual beberapa individu termasuk pakar pemakanan, penyelaras gotong-royong serta menjenguk ke perkarangan tempat letak kereta hospital bagi menyaksikan sukarelawan Puteri UMNO memasak bubur lambuk.

Singgah Sahur 2011

Menariknya untuk perjalanan ke Ipoh nanti, rombongan dijadualkan menaiki keret api laju ke bandaraya berkenaan seterusnya memulakan penjelajahan ke destinasi pilihan dengan berkonvoi.

Bagi menjayakan keseluruhan program yang dijadualkan berakhir pada 28 Ogos pula, seramai tujuh penerbit dipertanggungjawabkan mengendalikan sembilan episod untuk musim kali ini.

Mulai 5 Ogos, program ini bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu pada jam 12.35 tengah malam manakala siaran ulangan pada Sabtu dan Ahad jam 5 petang bermula 6 Ogos. Bagi episod akhir Singgah Sahur 2011 pada 28 Ogos, sekali lagi ia bakal bersiaran selama sejam bermula 12.30 tengah malam yang diadakan di Hentian Puduraya Kuala Lumpur sekali gus merasai semarak sambutan Aidilfitri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top