Sinopsis Impian Terindah

Impian Terindah mengetengahkan watak Mak Nani yang berasa sedih dengan sikap anaknya, Rashid yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Mak Nani telah memberikan hadiah umrah yang dimenanginya kepada Rashid dengan harapan Rashid berubah menjadi anak yang baik dan soleh.

Setelah kembali dari umrah, Rashid telah berubah menjadi anak yang baik dan soleh. Namun sangat menyedihkan apabila Mak Nani dijemput Illahi sebelum sempat melihat perubahan Rashid. Paling memilukan buat Rashid ialah Umrah yang diberikan kepadanya bukanlah hadiah yang dimenangi oleh Mak Nani sebaliknya hasil daripada wang simpanan Mak Nani sendiri.

Pelakon drama Impian Terindah: Ezany Nizariff, Norlia Ghani, Arash Mohammad, Salina Saibi, Azman Nor dan Ghazali Abu Noh.

Jangan lupa saksikan telemovie Impian Terindah pada 12 Ogos 2011 di RTM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top