Mengenai perkembangan seni, Fazreen Rafi terlibat dengan jadual penggambaran drama Cinta Itu Milikku disamping pelakon Emma Maembong. Emma dan Fazreen menjayakan watak sebagai pasangan suami isteri. Fazreen turut terlibat dengan drama Cinta, Kau & Aku yang akan disiarkan di TV1.

Bagaimanapun, nama Fazreen Rafi yang semakin tenggelam dengan kehadiran pelakon-pelakon baru, membuatkan ramai berfikir, Fazreen yang dahulunya dikenali menerusi drama Spa Q sebagai Dafi, merajuk dengan senario industri kini.



"Merajuk? (ketawa). Tidaklah. Saya akui ramai yang tegur saya mengatakan sudah lama tidak nampak saya berlakon, walhal saya sebenarnya tidak putus-putus menerima tawaran lakonan walaupun sudah berkahwin sejak setahun lalu.

"Mungkin kerana saya jarang menghadiri majlis rasmi atau cuba menonjolkan diri di kalangan media menyebabkan nama saya seakan-akan tenggelam.

"Bagaimanapun apa yang penting buat saya, tawaran lakonan masih saya terima dan soal populariti, adalah soal kedua," katanya yang masih menantikan tawaran berlakon filem.

Namun begitu, Fazreen berkata, dia berharap namanya akan diingati semula selepas drama Cinta Itu Milikku ditayangkan dan menjadi penanda dia belum menghilang dari industri seni lagi.

Impi cahaya mata

Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, jejaka berusia 27 tahun ini berkata, rezeki untuk menimang cahaya mata belum menyebelahi dirinya dan isteri, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hasan.

"Saya akui setelah hampir dua tahun berkahwin, cahaya mata adalah hadiah yang paling kami nantikan.

"Namun belum ada rezeki kerana isteri saya sudah dua kali mengalami keguguran. Kali pertama selepas dua bulan berkahwin dan kali kedua, tiga bulan selepas keguguran pertama.

"Buat masa ini kami hanya mengikut nasihat doktor dan isteri saya masih mengambil ubat untuk menguatkan rahim. Jika doktor sudah sahkan rahim isteri saya sudah kuat, barulah kami akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata," katanya.

Petikan: Sinar Harian

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top