Pelakon Benjy telah menceraikan isterinya, Safiyya Stephanie Kar Leng Lee, 30, buat kali kedua dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Kedua-dua mereka bersetuju untuk untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan jalan baik dengan melafazkan cerai dihadapan Hakim Khairul Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 pagi tadi.

Benjy yang sebelum ini ditahan buat kali kedua atas kesalahan dadah dilihat tenang selepas lafaz cerai dibuat dan hakim telah memerintahkan mereka berdua saling bersalaman dan bermaafan serta Benjy dilihat sempat mencium dahi bekas isterinya itu.


Dalam pada itu, Benjy sempat mengulas lanjut tentang kes penceraian yang buat kali kedua yang sebelum ini pernah  berlaku pada tahun 2008.

“Tiada ada yang boleh diperkatakan. Saya akan terus jalani kehidupan baru selepas ini. Alhamdullilah semua sudah selesai. Tentang hak penjagaan anak, Firdaus akan tinggal dengan ibunya tetapi apabila cuti dia akan bersama saya.Kami bercerai secara baik kerana tidak sehaluan lagi tetapi hubungan kami masih berkawan dan akan jaga Firdaus secara bergilir-gilir,” seperti dipetik oleh Malaysian Digest.

Benjy sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee yang juga seorang mualaf pada 9 Februari 2004. Hasil perkahwinan tersebut,mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.

Sebelum ini Benjy dan Safiya pernah bercerai pada 7 Julau 2008 dengan talak satu tetapi kembali merujuk pada hari yang sama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top