Telah ada spekulasi bahawa pelawak terkenal, Zizan Razak bakal mengendalikan program televisyen realiti popular, "Akademi Fantasia" (AF), sekaligus mengikut jejak Datuk Aznil Hj. Nawawi, Datuk AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley yang pernah mengacarakan rancangan tersebut.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Zizan yang memberitahu dia ada menerima tawaran sebagai pengacara AF, tetapi dia masih belum memberi sebarang jawapan kepada pihak Astro.


"Buat masa ini, saya belum lagi memberikan jawapan dan pihak di sana pun sama juga. Kedua-dua pihak sedang menunggu jawapan masing-masing. Kita pun maklum AF banyak elemen kejutan, jadi tak seronok kalau saya memberitahu semuanya sekarang, kita tunggu saja nanti," katanya seperti dipetik dari Hip.

Tambahnya lagi, dia masih belum pasti lagi, namun pada masa sama turut mempelajari mengenai AF sebagai persediaan.

"Sebelum ini, kita dapat saksikan AF dihoskan nama besar. Jadi saya rasa saya belum cukup hebat untuk berdiri di atas pentas dengan mereka. Sebab itulah saya banyak bertanya, sama ada saya patut terima atau tidak," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul dengan filem terbarunya, "KL Zombi" yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013. ~ Tupai

1 ulasan:

  1. kalau betul jadi, macam dejavu pulak sebab zizan pernah buat parody Akademi Fantasia dalam Lawaking.kelakar lah..hahaha

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top