Sinopsis Jodoh Itu Milik Kita

Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.

Pada hari pernikahan, Syaf iq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.

Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin. Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.

Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya, ikuti perjalanan drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita yang akan mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos ini di Astro Mustika HD (saluran 134).

Jodoh Itu Milik Kita dibintangi Tiz Zaqyah, Farid Kamil, Syazwan Zulkifly, Nabila Huda, Keith Foo dan ramai lagi.

Adaptasi novel karya Sara Aisha.

Jodoh Itu Milik Kita, mulai 19 Ogos 2013, Isnin - Rabu, 10 malam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top