Alyah: Maafkan Saya Terlebih Emosi

Gossip Datuk Ramli MS kini sudah berkahwin lain sehingga penyanyi itu merasakan kehidupannya kini sudah hancur dan terasa bodoh selama ini dipermainkan suaminya — itu semua tidak benar.

Menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Alyah memuat naik penjelasan yang mengatakan beliau terlalu mengikut emosi sehingga mengirimkan gambar wanita yang mengganggu rumah tangganya ke Instagram namun tidak pernah keluarkan kenyataan suami sudah berkahwin lain.


“Saya post tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam gambar tu dari saya berkawan sampai sudah berkahwin sering menganggu hubungan saya. Yang saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya”

“Saya tak pernah keluarkan kenyataan suami saya kawin dengan perempuan tu. Maafkan saya kerana hari ini. Saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah lakukan kesilapan yang besar.Tapi janganlah memanipulasikan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar,” tulisnya.

~ Rotikaya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top