Gambar Intim Nonny AF5 tersebar kerana sabotaj

Pelakon Nonny (AF5) mengesyaki ada pihak-pihak tertentu melakukan komplot untuk menjatuhkan kerjayanya dengan mencari jalan menyebarkan gambar-gambar lama simpanannya.

Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 26, berkata, sejak putus cinta pada bulan lalu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena sehinggalah timbul isu gambar berkenaan.

"Kalau boleh saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi sejak putus cinta bulan lalu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya.

"Semua itu berpunca selepas saya menolak pinangan bekas kekasih saya atas sebab-sebab tertentu.

"Kemudian selepas itu saya mendapat tahu ada individu ingin menyebarkan gambar-gambar saya bersama bekas teman lelaki saya itu. Saya rasa individu itu tidak senang hati lebih-lebih lagi melihat kerjaya seni saya yang semakin baik," katanya.

Nonny berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai beberapa keping foto mesranya dengan seorang lelaki yang diterima oleh mStar Online daripada individu yang tidak dikenali.

Bagaimanapun Nonny mengakui foto tersebut adalah dirinya yang diambil ketika masih menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan.

Dia turut memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan foto tersebut kerana tidak mustahil ia akan tersebar dengan meluas tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Nonny turut berasa kesal atas kelakuannya itu apatah lagi dia berazam ingin membina namanya semula sebagai pelakon serta penyanyi pada tahun ini.

"Sudahlah nama saya baru nak naik sejak terlibat dengan drama Istikharah Cinta (kini sedang ditayangkan di TV3).

"Tiba-tiba ada pula pihak yang cuba mengenakan saya. Bagaimanapun saya akur, ia juga atas kesilapan saya sebelum ini mengambil foto mesra seperti itu," ujarnya. ~mStar Online

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top