Hanez Suraya Tak Peduli Kata Orang

Sepanjang tahun 2014, Hanez terpalit dengan kontroversi yang mendakwa dia menjadi punca keruntuhan rumah tangga Romie dan Hanez dituduh sebagai perampas. Disebalik kenyataan dia sudah putus cinta dengan Romie, akhirnya Hanez melangsungkan pertunangan dengan jejaka yang bergelar ahli perniagaan itu pada 3 Januari lalu.

“Memang betul saya putus dengan dia. Buat apa saya mahu bohong. Semasa kita putus, memang kami tidak berhubung. Tetapi dia masih mencuba untuk memenangi hati saya. Saya seakan tak boleh lari, lagi pun keluarga kami saling mengenali. Jodoh kami kuat dan akhirnya, dia melamar saya dan mengajak saya untuk melangsungkan ikatan pertunangan,” ujar Hanez.


Saat ditanya adakah dia tidak takut akan dilemparkan kata-kata negatif sekali lagi kerana mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan bersama Romie, gadis tinggi lampai ini menyatakan dia tidak kisah dengan kata-kata orang.

“Bercakap perihal cakap-cakap orang, saya sudah tidak peduli. Bila saya berbuat baik pun, orang keji dan mendakwa yang saya sengaja mahu tunjuk baik, begitu juga sebaliknya. Saya tidak boleh menutup mulut orang, saya terima sahaja. Jika mereka kata yang baik atau yang buruk mengenai saya, apa yang saya boleh lakukan hanyalah bersyukur, Alhamdulillah,” katanya lagi.

Diminta mengulas mengenai adakah tindakannya bertunang hanya kerana mahu menutup kontroversinya bersama Romie, Hanez menegaskan yang dia tidak mahu lagi memandang ke belakang dan mengharapkan yang terbaik dalam hidupnya untuk tahun 2015.

“Saya enggan komen lebih, saya cuma berharap yang terbaik sahaja. Saya bertunang ini pun untuk melangsungkan benda yang baik, tiada sebarang niat tersembunyi. Saya berharap yang terbaik dan tidak mahu memandang ke belakang. Saya mahu fokus dengan apa yang bakal jadi pada masa akan datang,” ujarnya mengakhiri bicara. ~ GUA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top