Nicki Minaj mengaku pernah gugurkan anak

Penyanyi Nicki Minaj membuka tahun 2015 dengan kisah hidupnya yang hitam. Dalam sebuah temu bual bersama majalah Rolling Stone, penyanyi ini mendedahkan rahsia bahawa dirinya hampir mati sewaktu melakukan proses menggugurkan anak semasa zaman remajanya.

Ujar Nicki, tindakannya itu dilakukan sewaktu dia menuntut di LaGuardia Performing Arts High School di New York dan bercinta dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua daripadanya.

“Kemudian saya hamil dan berasa masih terlalu muda pada waktu itu. Saya belum bersedia untuk memiliki anak dan sebab itu saya melakukan pengguguran.

“Saya fikir saya hampir mati sewaktu melakukannya. Waktu itu saya masih remaja dan saya melihat ia sebagai insiden paling buruk yang pernah berlaku dalam kehidupan saya,” ujarnya tentang kisah lampau itu.

Mengaku perbuatannya itu menjadi satu mimpi ngeri dalam kehidupannya, Nicki menghasilkan sebuah lagu khusus untuk memohon maaf kepada bayi yang digugurkannya itu dengan judul All Things Go.

Di dalam beberapa lirik lagunya, Nicki menulis: Tolong maafkan saya, ibu masih muda dan sibuk mahu bergembira. Saya berharap dapat menyentuh wajah kecil anda. Jika ini ketentuan Tuhan, mungkin kita akan bertemu nanti. (Please baby forgive me, mommy was young, mommy was too busy trying to have fun,” and sings, “Wish I could touch your little face or just hold your little hand; if it’s part of God’s plan, maybe we can meet again).
  ~Kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top