Pasha (Ungu) Tawar Diri Jadi Datuk Bandar Palu

Bidang Politik dan seni adalah dua bidang berbeza dan sukar untuk sesetengah individu terlibat dalam kedua-dua bidang ini secara serentak. Namun, ianya tidak menjadi masalah kepada vokalis kumpulan Ungu, Pasha yang menjadi calon pertama mendaftar untuk dipilih sebagai Datuk Bandar Palu menjelang pemilihan jawatan itu tahun ini.

Mewakili Parti Demokrat, Pasha ditemani keluarga dan penyokongnya tiba di pejabat Dewan Perwakilan Daerah Sulawesi Tengah untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Ketua Jawatankuasa Pemilihan Datuk Bandar Palu, Zulfakar Nasir dan setiausahanya, Jaury Sakkung.

Sejak pendaftaran dibuka, baru dua calon hadir menawarkan diri dalam pemilihan akan datang iaitu Pasha untuk Palu dan Mahmud Ibrahim bagi jawatan Pegawai Daerah Morowali Utara.

Ketua kempen Pasha, Roy Sumakul berkata, setakat ini hanya Parti Demokrat dan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan membuka pendaftaran rasmi untuk pemilihan akan datang.

Oleh: Editorial MH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top