Sinopsis Harmo-nika

Harmo-nika mengisahkan Harmi dan Ika, sepasang suami isteri yang mengalami kesempitan hidup berpindah masuk bersama anak mereka Shasha dan Batrisyia ke dalam sebuah rumah banglo yang dimiliki oleh makcik mereka.

Sha–sha yang mempunyai kelebihan melihat benda halus mula mengalami pelbagai kejadian pelik di rumah ini, sekali gus merisaukan Ika yang mahu keistimewaan anaknya itu ditutup oleh dukun.


Harmi, seorang yang skeptikal tidak mempercayai akan perkara ini dan merasakan anaknya mempunyai masalah psikologi.

Perbalah­an Harmi dan Ika mengenai taraf hidup mereka dan juga permasalahan Shasha membuatkan hubungan mereka renggang.

Apabila mereka terbabit dalam satu kemalangan yang menyebabkan Harmi mengalami komplikasi yang teruk, Harmi mula nampak perkara ghaib dan mula mempercayai anaknya itu.

Pelakon: Elizad Sharifuddin, Anya Rosli,Sharifah Shahora

Pengarah: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top