Sinopsis Ku Tak Rela

Drama Ku Tak Rela mengisahkan seorang isteri (Watie Sadali) menghadapi masalah untuk mengandung. Setiap hari fikirannya serabut memikirkan tentang masalah tersebut, pada masa yang sama risau jika suaminya berkahwin lain kerana tidak boleh mengandung.

Masalah bermula tatkala Suraya, lakonan Watie Sadali disahkan mengandung. Akhirnya masalah lain timbul apabila anak yang dikandung meninggal dunia dan diganti dengan bayi lain tanpa pengetahuan suaminya.


Saat dia membesarkan anak tersebut, Suraya akhirnya dikurniakan seorang lagi anak tetapi berhadapan dengan satu lagi situasi untuk membahagikan kasih sayang antara anak sendiri dan anak angkat.

Menambahkan debar tatkala anak-anak mula meningkat remaja dan meminati lelaki yang sama. Satu persatu masalah baru muncul dalam kehidupan keluarga tersebut saban hari.



Paling terkesan apabila campur tangan suami yang tidak tahu rahsia besar yang disimpan selama ini akhirnya memburukkan lagi situasi keluarga mereka.



Terbitan: A.Aida Production

Pelakon: Zuhairie Ibrahim, Watie Sadali, Afzan A.Rahman, Mia Ahmad, Keena Mentor, Ewan Mohamad dan ramai lagi.

Drama Ku Tak Rela ditayangkan bermula 5 Januari 2015 iaitu pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di TV3.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top