Tajuk : Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta
Tarikh : 3 Hingga 6 Januari 2015
Waktu : 8.30 Malam
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Penerbit : Amazon Entertainment Productions Sdn Bhd

SINOPSIS SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy lahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah.

Dalam masa yang cukup singkat, Baginda Berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.

Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu- lagu kisah Nabi dan Selawat.

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain membariskan nama-nama besar industry seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan 6 orang penyanyi latar. Set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.


ARTIS DAN TARIKH PERSEMBAHAN:

3 & 4 Jan : Dato Siti Nurhaliza
5 Jan : Awie
6 Jan : Amy Search
7 Jan : Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa-mangsa banjir

• Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wang tunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan ErraFazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.

• Untuk hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.

Untuk tempahan secara online : www.airasia.redtix.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top