Zizan Jawab Isu Putus Cinta Emma Maembong

Pelakon Zizan Razak meminta agar diberikan sedikit ruang untuk mengulas isu keretakan hubungannya dengan Emma Maembong selain menganggap ia sebagai satu dugaan.

Zizan berkata, buat masa ini dia tidak selesa untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung pendedahan Emma tersebut.

"Maafkan saya. Buat masa ini saya Tidak selesa untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung isu itu (putus cinta).

"Saya harap dapat diberi sedikit ruang buat sementara waktu ini kerana saya sendiri tidak tahu untuk cakap apa," katanya.
Zizan Razak
Dalam pada itu, Zizan berkata, pendedahan Emma itu tidak menggangu tumpuannya sebaliknya menganggap ia sebagai dugaan yang perlu dihadapi dengan tenang.

"Sebagai manusia biasa pasti akan diberi dugaan dalam hidup dan saya tidak terkecuali.

"Masalah ini tidak menggangu saya sebaliknya saya terima dugaan ini dengan tenang," katanya.

Kekecohan mengenai status hubungan pasangan berkenaan timbul sejak beberapa minggu lalu dan Zizan sempat menyangkal dakwaan kononnya mereka sudah putus sebelum Emma tampil mengesahkan perkara itu dalam sebuah akhbar.

Selain konflik berkenaan, Zizan kini berhadapan dengan tindakan saman di mahkamah oleh rakan kongsi dan bekas pengurusnya iaitu Marina Juki dengan tuntutan lebih RM500,000 kerana pelanggaran kontrak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top