MALAYA TETAP MERDEKA (1959)

Bersatu-padu kita semua
Rakyat Tanah Malaya yang merdeka
Aman sentosa, rukun dan damai
Kita hidup bersama

Nyanyi bersama sambil menari
Ketawa, suka, serta bergembira
Kita semua warganegara
Hidup bagai saudara

Marilah kita membina
Dan membangun Malaya Merdeka
Supaya makmur dan jaya
Rakyat merasa bahagia

Bersuka-ria atau bekerja
Mesti dibuat dengan satu hati
Ini semua untuk kepentingan
Malaya tetap merdeka

Lagu "Malaya Tetap Merdeka" ni aku ambil dari filem "Korban Fitnah" (1959) arahan P.L. Kapur, keluaran Maria Menado Productions dan Cathay-Keris Film.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top