Kenali Kumpulan Cherpen Band
Kata bidalan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Oleh itu, tiga anak muda yang menamakan kumpulan mereka sebagai Cherpen Band ini memasang niat dan iltizam tinggi untuk memastikan impian mereka bertapak dalam industri muzik tempatan selama ini bertukar menjadi realiti.
Kumpulan yang ditubuhkan pada awal 2012 ini dianggotai oleh Nemo, 23, (vokal), Hakimie, 25, (dram) dan Syahir, 23, (gitar) yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Muzik dengan Kepujian dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Menurut Nemo, idea untuk menubuhkan sebuah band bersama Hakimie dan Syahir sememangnya sudah diimpikan sejak sekian lama oleh mereka bertiga.
"Kami memang minat nak menyanyi. Oleh itu, impian untuk menubuhkan sebuah band adalah landasan tepat untuk kami merealisasikannya. Malah, beberapa faktor lain seperti pelajar dari jurusan sama dan telah mengenali antara satu sama lain juga dianggap sebagai pendorong.
"Sejurus itu, kami terus mengorak langkah dengan mencuba pelbagai jenis genre lagu serta mencari keserasian bersama untuk membuat persembahan," katanya yang merupakan ketua kumpulan Cherpen Band.
Ternyata, usaha mereka itu tidak sia-sia apabila mereka mengenali salah seorang ahli kumpulan 6ixth Sense, Gjie.
Bermula dari situ, peluang si empunya nama sebenar Nasrulhaq Shahdan (Nemo), Muhammad Hakimi Abdul Aziz (Hakimie) dan Muhammad Syahir Muhammad Johri (Syahir) untuk menguak pintu seni muzik semakin terbuka.
"Persahabatan bersama Gjie terus diperkukuhkan apabila kami diberi peluang untuk mencuba satu lagu yang diberi nama sebagai OST.
"Alhamdulillah, sudah rezeki kami, Gjie bersetuju dan bersedia bekerjasama dengan kami," katanya.
Bertitik tolak daripada kerjasama tersebut, portfolio kumpulan band baharu ini semakin tertulis kemas dengan kelahiran single pertama bertajuk Sumpah Mencintai, Sumpah Merindui yang menceritakan seorang lelaki yang amat mencintai seorang perempuan.
"Ramai yang tidak mengetahui, kami mengambil masa yang agak lama untuk mencari nama kumpulan ini agar ia nampak klise. Kami mendapat satu idea daripada seorang rakan untuk menamakan kumpulan kami sebagai Cherpen yang membawa maksud penyampaian ringkas.
"Tanpa berlengah, awal tahun ini kami terus melancarkan single kedua iaitu Selalu Denganmu yang dihasilkan sepenuhnya oleh Gjie," ujarnya.
Tiga anak muda ini berkongsi harapan iaitu dalam tempoh tiga tahun memulakan tapak dalam dunia muzik, masih banyak yang perlu mereka pelajari.
"Kami masih baharu dalam nyanyian dan sedang berusaha membina nama. Banyak lagi perkara serta selok-belok yang perlu dipelajari.
"Setakat ini, kami bersyukur apabila kami banyak diberi tunjuk ajar oleh Gjie yang jauh lebih berpengalaman," kata mereka yang kini aktif mengadakan persembahan.
Harapan serta perancangan masa hadapan Cherpen Band adalah untuk memberikan komitmen terbaik untuk memastikan mereka dapat bertapak dan lagu-lagu digemari pendengar.
Facebook:
https://www.facebook.com/CHERPENBAND

0 ulasan:
Catat Ulasan