Kalau menebang si pohon jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.
Bunga selasih si bunga padi,
Kembanglah mekar di dalam taman;
Pertama kasih kedua budi,
Yang mana satu nak didulukan?
Datuk Laksamana ke bangka hulu,
Berlayar kapal membawa dagang;
Bagailah mana kapal nak lalu,
Kuala sudah dilengkong karam.
Bunga padi bunga kiambang,
Buat hiasan di taman bunga;
Buah hati kekasih orang,
Hamba menumpang gembira sahaja.
0 ulasan:
Catat Ulasan