Lirik Lagu Asal Menjadi Cantik ( OST Magika ) – Ning Baizura

Siapakah di dalam cermin itu
Kelihatan mirip sepertiku
Tapi dia tak kelihatan sejelita
Sepertiku pada zaman muda

Usia dah memamah kejelitaanku
Yang dulu kurus dah jadi gemuk
Muka berkerepot dan mula mengendur
Rambut beruban semakin gugur

Carikan aku ubat pengulang waktu...

Yang buatku kelihatan muda
Semuda seperti anak dara
Jadikan aku sorang remaja
Paling jelita di dunia

Berikan aku potongan badan
Yang langsing dan menawan
Apa jua harganya semua kan ku bayar
Asal menjadi cantik

Tak kisahlah apa jua
Asal menjadi cantik
Tak kisahlah apa jua
Asal menjadi cantik

Bermacam jenis jamu dah ku cuba
Tiada yang bawa kesan ketara
Semua pantang larang ku ikut setia
Tapi tak nampak-nampak hasilnya

Carikan aku ubat pengulang waktu...

Yang buatku kelihatan muda
Semuda seperti anak dara
Jadikan aku sorang remaja
Paling jelita di dunia

Berikan aku potongan badan
Yang langsing dan menawan
Apa jua harganya semua kan ku bayar
Asal menjadi cantik

Tak kisahlah apa jua
Asal menjadi cantik
Tak kisahlah apa jua
Asal menjadi cantik

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top