Kemunculan Rindunya juga mengukuhkan kedudukan Eddie Hamid sebagai komposer paling banyak mempunyai album kompilasi iaitu 13 album. Sepuluh daripadanya berjaya mencatat jualan melebihi 50,000 unit setiap satu.
“Album kompilasi ini masih boleh diterbitkan kerana Eddie Hamid adalah satu satunya komposer yang masih aktif ketika ini. Setiap tahun Eddie menghasilkan tidak kurang lima lagu baru ini berbeza dengan komposer lain yang mula menghilang diri,” kata pengurus Besar FMC Music, C.F Ho.
“Kami di FMC mengawasi dengan dekat kegiatan seni Eddie Hamid sebab itulah FMC tidak pernah gagal untuk menerbitkan album kompilasi yang menghimpunkan karya terbaik Eddie Hamid,” tegasnya.
Rindunya juga turut memuatkan sebuah lagu baru nyanyian Achik Spin dan Siti Nordiana berjudul Tragedi Cinta. Lagu ini mula mendapat sambutan kerana inilah gandingan duet terbaru kedua pasangan ini selepas mencatatkan populariti menerusi lagu duet Benang Emas tidak lama dulu.
Sementara itu Eddie Hamid berharap peminat yang menanti karya terbarunya dapt menerima karya terbarunya ini. Tahun ini adalah tahun ke 13 Eddie Hamid menjadi komposer.
Lagu-lagu yang terdapat dalam Rindunya ialah di CD 1 – Rindu Serindu-Rindunya (Exist), Niat Di Hati Tak Nak Berpisah (Arrow), Dalam Hati Aku Mencintaimu (Stings), Dewi Sukma (Mamat), Kau Tetap Di Jendela Kenanganku (EYE), Mengusung Rindu (Spin), Rindu-Rinduan Jadi Kenangan (Scoin), Maharaja (Ramlah Ram), Tiada Lagu Lagu Rindu (Budak Kacamata), Mencari Rindu Yang Hilang (Sweet Child) dan Benang Emas (Achik & Nana).
CD 2 – Dirantai Digelangi Rindu (Exist), Utusan Rindu (Spins), Haruskah Kita Berpisah (Arrow), Memendam Rasa (Budak Kacamata), Sampainya Hati (EYE), Ku Masih Menyintaimu (Stings), Hempedu (Mamat), Setia Menanti (Achik & Nana) Yang Sayang Yang (Scoin), Syurga Perindu (Syura) dan Tragedi Cinta (Achik & Nana).
0 ulasan:
Catat Ulasan