Dua Insan Bercinta juga merupakan album dalam kategori itu, cuma ia mempunyai konsepnya yang tersendiri iaitu menghimpunkan lagu-lagu cinta yang disampaikan secara duet.
Lagu-lagu cinta yang dimuatkan dalam album ini bukan sahaja dalam irama sentimental dan pop semata-mata, tetapi ia juga merangkumi ruang bunyi yang lebih luas.
Contohnya, menerusi lagu berjudul Dua Dunia nyanyian duet Datuk Siti Nurhaliza dan Too Phat yang berkonsepkan irama hip hop.
Begitu juga dengan lagu nyanyian Tan Sri S.M. Salim dan Sheila Majid berjudul Entah Jadi Entahkan Tidak yang berteraskan irama pop dan joget.
Sayangnya, judul album ini iaitu Dua Insan Bercinta dilihat seakan kurang sesuai kerana tiada judul lagu tersebut selain ia bukan mengisahkan tentang dua insan sedang bercinta.
Lagu S.M. Salim dan Sheila itu misalnya, bukan tentang dua insan bercinta, malah kalau dimuatkan lagu lama duet M. Nasir dan Yunizar berjudul Dua Insan Bercinta pun tidak mengapa.
Dalam album ini, memang ada dimuatkan lagu duet M. Nasir tetapi beliau berduet bersama Mawi dengan tajuk Lagu Jiwa Lagu Cinta.
Album ini memang merupakan sebuah album yang menampilkan konsep lagu-lagu bertemakan kisah dan ragam bercinta tetapi ia tidak sekata daripada segi unsur sentimental secara keseluruhannya.
Cuma lagu yang agak menarik untuk dihayati antaranya berjudul My Heart nyanyian Acha Septriasa dan Irwansyah dan Tangisan Marhaenis (Hattan dan Dia Fadila).
-------------------------
-Judul Album: Dua Insan Bercinta
-Artis: Jamal Abdillah, Ning Baizura, Saiful, Misha Omar, Kris Dayanti dan ramai lagi.
-Konsep Muzik: Pop
-Terbitan: Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
Bintang : *
0 ulasan:
Catat Ulasan