Lirik Lagu Jelmol - Rinduku Tiada Berteman

Tidak pernah ku rasa sepi sebegini
Rindu padamu kasih bila ditinggal pergi
Mana sumpah dan janji setiamu padaku
Manis cuma dibibir mainan kata-katamu

Terpaksa terima walau kering airmata
Berserah pada yang esa

Tiada harta berjuta dapat kuberikan
Hanya hati dan belaian
Mampuku pertahankan

#
Terpaksa terima walau kering airmata
Tak sanggupku bercinta
Indah cuma kata-kata
Terpaksa ku telan kata indah si pujangga
Merindu tak kesampaian
Seperti pungguk dan bulan

Tiada harta berjuta dapat kuberikan
Hanya hati dan belaian mampu kupertahankan

Pada angin sampaikan kasihku padamu
Agar dapat kau rasakan
Rinduku tiada berteman

Ulang #

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top