Bapa kepada finalis Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6), Ahmad Nubhan atau lebih dikenali sebagai Nubhan, meninggal dunia akibat sakit jantung ketika menghadiri majlis kenduri di rumah jirannya di Taman Panchor Jaya, Seremban di sini, malam kelmarin.

Ahmad Abd Rahman, 67, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan swasta.

Nubhan berkata, dia dimaklumkan mengenai berita sedih itu ketika berada di sebuah restoran untuk menikmati makan malam di ibu kota kira-kira jam 8.30 malam.

“Kakak memberitahu bapa pengsan ketika menghadiri majlis kenduri di rumah jiran dan dikejarkan ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

“Saya bergegas pulang ke Seremban sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui di Kampung Tebing Tinggi, Juasseh, dekat sini, semalam.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang, dia sekali lagi dihubungi kakak yang memberitahu bapanya sudah meninggal dunia.

Katanya, sejak beberapa hari lalu, dia berasa tidak sedap hati, namun tidak berkesempatan pulang menjenguk bapanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top