Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza semalam dihadiahkan jam tangan jenama Richard Mille yang dipercayai berharga ratusan ribu ringgit sempena hari jadinya ke-30.

Jam itu diberi oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Ia dibeli dari sebuah kedai jam terkemuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Wartawan yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan gambar Siti yang penuh bangga memakai jam itu di pergelangan tangan kirinya.

Ketika ditanya berapa harganya, Datuk K memberitahu, dua tiga ribu ringgit sahaja.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati jam yang paling murah dijual di kedai itu ialah RM197,000.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top