Kasih sayang bagi pasangan ini bukan harta benda. Cinta mereka juga bukan kerana wang ringgit. Maka, apabila taufan datang dan terus menghempas bahtera rumah tangga tanpa lelah, mereka masih terus berdakapan. Masih utuh dan masih seperti dahulu.

"Masalah rumah tangga selalunya akan kami selesaikan secara baik di bilik tidur," ujar Datuk Siti Nurhaliza tanpa selindung lagi.

Selepas tiga tahun bernikah dengan usahawan Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa, barangkali bukan sesuatu yang terlarang buatnya mengaku akan hal itu. Ia juga pernyataan yang cukup jelas melambangkan betapa mereka rasional berhadapan dengan fitnah yang tidak pernah surut menerjah tembok kebahagiaan.

Datuk K pula bercerita: "Setiap pagi, sama ada saya atau Siti, kami akan mulakan hari baru dengan satu kucupan dan ucapan I love you. Ia lambang kasih sayang kami."

Ini adalah resipi kebahagiaan mereka. Ia bukan sengaja bagi menampan fitnah-fitnah yang hebat melanda. Ini adalah realiti, bukan sebuah dongeng.

"ROMANTIK. Rona putih dan merah jambu menjadi tema majlis hari jadi Siti yang ke-30. "

Biar bimbang banyak pihak tersalah tafsir, Siti akhirnya akur untuk membuka rahsia rumah tangga mereka kerana khalayak semakin galak bercerita yang bukan-bukan tentang kerukunan cintanya dan Datuk K.

Ia juga adalah rentetan daripada isu kononnya mereka sedang dalam proses penceraian. Fitnah itu nyata telah menyemarakkan sensitif dalam hati Datuk K sehingga memaksanya bersuara.

"Pada saya, fitnah itu sudah melampau. Saya begitu cintakan isteri saya. Saya tak mungkin berbuat demikian. Saban hari, kami bahagia dan tiba-tiba kami dikatakan bercerai.

Petikan Kosmo!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top