Sebaik program ini melabuhkan tirainya kata Rosyam, finalis akan mula sibuk di lokasi. Mereka bakal membintangi sebuah muzikal khas raya, selain itu juga mereka bakal muncul di dalam drama muzikal sebanyak 26 episod. Mereka juga bakal muncul di dalam drama terbitan Suhan Movies dan terikat dengan saluran RTM selama setahun. Dalam itu kata Rosyam, mereka tidak dibenarkan berlakon di dalam mana-mana produksi yang dibuat untuk stesen televisyen lain.
Siri yang menjejak bakat baru dan generasi muda dalam lakonan sama ada lelaki mahupun wanita untuk diangkat menerusi filem satu hari nanti. Kekuatan 'Pilih Kasih' adalah kerjasama pintar kerajaan dan swasta yang dijalin di antara Suhan Movies dan RTM.
Program itu berjaya menarik jumlah penonton (rating) yang tinggi iaitu sebanyak dua juta serta bilangan penonton yang ramai sehingga memenuhi auditorium iaitu kira-kira seribu orang.