Aweera (OIAM 3) atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissham membuat come back dengan sebuah kumpulan yang diberi nama Mojo di bawah naungan KRU Studios.Selain Aweera sebagai vokalis, Mojo dianggotai oleh Edry KRU (Synthesizer), Johar kumpulan Tilu (Pemain dram) dan Deny (gitaris).

“Setelah dua tahun senyap daripada publisiti media, sekarang saya muncul semula dengan sebuah band iaitu Mojo. Terima kasih kepada Edry KRU yang memberi peluang ini.

“Sebenarnya, kalau ikut perancangan saya akan muncul dengan lagu ciptaan saya sendiri berjudul Bintang. Namun buat masa ni saya sangat happy dan excited untuk muncul dengan Mojo terlebih dahulu.

Aweera

Mojo adalah projek khas KRU Studios yang akan muncul dengan tiga lagu yang berkonsepkan Synth’ Rock.

ABUN: “Mojo bermaksud aura. Insya Allah… Mojo akan jadi aura baru dalam meneruskan kesinambungan muzik rock oleh otai-otai terdahulu seperti Wings dan Search.

“Edry memilih Aweera kerana semua pun tahu kehebatannya dalam menyanyikan lagu berkonsepkan rock. Bakat, gaya dan nyanyiannya yang bagus sesuai untuk Mojo.

“Mojo dah muncul dengan lagu Andai Ku Bercinta Lagi. Lagu ini adalah daripada kisah benar yang terjadi pada salah seorang kawan kepada Edry sendiri. Seorang lelaki yang masih mencintai isterinya yang meninggal akibat kanser . Cinta itu sentiasa mekar di hatinya walau apa pun yang berlaku.

Petikan: Mangga

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top