Busana Pengantin Seksi, Sharifah Sakinah Tak Peduli Kata Orang

Sharifah Sakinah baru-baru ini telah memuat beberapa foto pra-perkahwinannya di akaun Instagram (IG) miliknya untuk dikongsi bersama peminat.

Tidak dinafikan Sakinah begitu  cantik mengenakan busana pengantin berwarna putih beserta ‘crown’ di atas kepala ibarat seorang puteri.

Namun apa yang menjadi perbualan hangat pengikut aktres ini ialah baju pengantin rekaan Khun Hooi yang disarungkan oleh Sharifah Sakinah.


Busana yang mendedahkan sedikit bahagian dadanya itu dianggap terlalu seksi dan tidak bersesuaian untuk dipakai oleh Sakinah.

Akibat daripada itu, setiap foto pra-perkahwinan yang dimuat naik oleh Sharifah Sakinah pasti dihujani dengan komen-komen negatif.

Ada yang meminta supaya Sakinah untuk menukarkan busana tersebut kepada yang lebih sopan.

Sakinah bagaimanapun nampaknya tidak mempedulikan kata-kata negatif tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top